Cute

Sunday, 25 October 2015

Zina hati, buang jauh-jauh dari lubuk hati

Assalam Alaikum.
Hye.
Kali ni, kite akan bincangkan sebuah tajuk yang jarang orang isukan.
Yang jarang orang perasan kan.
Yang jarang orang AMBIL BERAT.
Haaa..
Kawan-kawan, apa itu Zina Hati?


Kadang-kadang, remaja madani kini tak perasan pon yang mereka telah pon terjerumus ke lembah sebegini. Mereka merasakan bahawa mereka tidak bersalah pon, mereka bukannya berpegangan atau bersentuhan atau berjumpa.
Hakikatnya, perkara ini selalunya bermula dengan 'chatting'. Apa-apa perkara yang boleh mengarah kita ke arah zina, semuanya adalah dilarang oleh Allah SWT, Melainkan sebab tertentu. Contohnya, macam nyawa, urusan kerja, dan lain-lain asbab yang munasabah.
Perkara perlu dititik beratkan seberat-beratnya. Masih tak perasan lagi?
Sebab tu lah kita kena check hati kita selalu~
Ada jugak yang rasa diri mereka ni dah cukup alim. Tautkan hubungan yang hakikatnya, Allah tak pernah redha. Astaghfirullah al-azim.
Bak kata mereka, couple halal  'Couple Islamik'

Adushhh.. ni satu lagi masalah dunia. Sebenarnya, rakan-rakan, pemikiran, komunikasi, atau sentuhan dengan ajnabi tu memang sudah dikatakan HARAM.



Di mana timbulnya perasaan ehem2 tu. Baik cepat-cepat lah elakkan. Usaha tu kena ada.
Nak chat dengan ajnabi, nak remind ajnabi suruh sembahyang tahajud? X payah lah kot.
Baik kite pesan je kat adik kita yang tengah main game kat ruang tamu tu.


"Susah la nak tinggal kan dia. Kau cakap senanglah!", kalau orang yang macam ni, saya sarankan jumpa lah mana-mana ustaz atau kaunselor yang agak-agak boleh membantu.

Mudah kan?
Sekarang baru kita semua sedar.
Semua orang ada buat silap. Saya sendiri pon dah BANYAK KALI. Taubat itu lah yang dilihat oleh Allah.
Sentiasa update iman tau.
In shaa Allah, Allah janjikan dia untuk kita.
Doakan selalu.

Assalam Alaikum.

No comments:

Post a Comment