Cute

Saturday, 17 October 2015

Don't Judge A Book by it's Cover

Assalam Alaikum ...
Blog lama yang dah berhabuk ni, saya baru ada semangat nak vacuum habuk-habuk ni balik. So, hai ! Salam Perkenalan semula.
Kalau baca topik kali ni, tak tau nak intro macam mana.
Of course lah semua dah tau meaning yang tersirat di sebalik kata-kata tu.

Via Wikipedia;
The English idiom "don't judge a book by its cover" is a metaphorical phrase which means "you shouldn't prejudge the worth or value of something, by its outward appearance alone".[1]

Selalunya masyarakat kita ni suka sangat menugumpat, mengutuk tentang seseorang yang wujud dalam lensa kehidupan hariannya. Tetapi, mereka tak sedar bahawa apa yang mereka lihat dan perlekehkan itu sebenarnya adalah salah sama sekali.
Sebagai contoh,
mereka lihat seorang pemuda berpakaian compang-camping dan basah lencun. Mereka menganggap pemuda itu ialah peminta sedekah yang malas berusaha untuk mencari rezeki sendiri. Hakikatnya, pemudai tu telah berniat untuk menyelamatkan seekor kucing kelaparan di dalam longkang besar, tapi, pemuda itu terjatuh sekali ke dalam longkang itu.
Mereka menyapa seorang saudara di jalanan. Saudara itu tidak membalas sapaan mereka malah tidak mebalas senyuman dan bermasam muka. Mereka menganggap lelaki itu sombong dan biadab. Sebenarnya, lelaki itu sakit gigi.


Ok lah, sampai di sini sahaja. Tinta saya dah nak habis dakwat.
Akhir kata, Husnuzzon itu mudah.

Sekian.
Assalam Alaikum.

No comments:

Post a Comment