Cute

Wednesday, 11 November 2015

Don't only look at people's talent

Assalam Alaikum.
Hai.
Everybody has their own talent or profession or could be superiority. But, their task is to show them by ourself. I know that some of us, their talent have been detected by others. The people need to be grateful that Allah was helped them to go through our life.
To be honest, I hate people who always say, "Waahh ! You're very well in academic. Hmm, I'm not." or people like this, " Huh ! Untungla badan kurus larat la nak work out."
Hey people ! Could you stop saying that kind of sentence? Apparently, you felt jealous of others' superiority, right? For me, natural superiority likes, beauty, appearance, intelligence, stamina cannot be judged. Because it cannot be changed ! God has give it for them. For those who not get the superiorities, you should be grateful as you have perfect mind, enough parts of body for you to live.
Some people are easy to success.
Some people are easy to loss weight by work outs.
Some people are beautiful without using any cosmetics.
What we only must do is look at them to inspire us more and keep trying.
Try try and try. Don't fed up easily.
Ok?
All goods came from Allah.
Bads and cons came from myself.
Take a look for it and practice it.
Salam Alaikum.


Monday, 26 October 2015

Post pon Post lah ! Tapi ...

Assalam Alaikum.
Hye.
Kawan-kawan suka tak post gambar? Mesti ramai yang suka kan?
Haa..
Topik kita kali ni ada la bersangkut paut dengan situasi ni.
 Orang selalu kata, perempuan tak elok post gambar. Eh, sebenanrnya boleh. Tapi, biarlah post kita tu boleh bagi manfaat pada orang lain jugak.
Yang paling penting, jaga AURAT kita kalau kita post gambar. Mudah? Payah?
Just follow the sequence.
1. Sebelum post gambar, cek gambar tu sama ada aurat kita tertutup atau tak. Bawah daripada PERLEGANGAN TANGAN tu aurat, dik, akak, makcik-makcik sekalian. KAKI pun aurat, jangan lupa tu !
2. Galakan untuk letak caption yang baik-baik je ye. Jgn letak perkataan mencarut, kutukan, or others related. Kalau nak senang, cari je QUOTES-QUOTES indah dekat internet.
3. Tak perlu letak location. Sebenarnya, location boleh jadi carian utama bagi penjenayah atau orang yang menjadikan kita sebagai mangsa mereka. Ibarat macam menjual menunjukkan diri kita di mana. BAHAYA tau ! Kalau nak letak sangat, boleh ... Tapi, letak LOCATION bila kita dah balik atau tak ada kat tempat tu.




  Fikirlah sendiri. Tapi jangan lupa, tubuh kita ni diamanahkan oleh Allah untuk kita jaga baik-baik ye.
Assalam Alaikum.

Hati yang kotor akhirnya dibersihkan

Assalam Alaikum.
Tajuk hari ni simple je kan?
Nampak simple, tapi agak complicated.

Baju yang kotor? Boleh dibersihkan.
Gigi yang kotor? Juga boleh dibersihkan.
Kereta yang kotor? pon boleh dibersihkan.

Tapi, hati yang kotor, boleh tak agaknya untuk dibersihkan?
Pasti lah boleh, kawan-kawan!
Macam mana, macam mana?

Ok, ini kiranya dah ok la sikit, sebab kita pon dah ada rasa bersalah tu, ada jugak rasa nak berubah, ada jugak rasa nak bersihkan hati. Macam mana dengan orang yang tak perasan pon yang hati mereka sudah kotor? Nauzubillahi Min Zalik.

Suatu hari, Imam Fath Al-Musili berkata kepada murid-muridnya, "Bukankah seorang pesakit jika tidak diberi makan, minum dan ubat selama tiga hari ia akan mati?"
Murid-muridnya menjawab: "Ya."
Guru yang bijak ini melanjutkan: "Begitu juga hati kita. Jika tidak diberikan ilmu dan hikmah selama tiga hari, ia akan mati."

Tanda-tanda Hati Yang Mati Dan Cara Untuk Merawatnya

Setiap amalan bersumber daripada hati. Hati yang baik akan melahirkan perbuatan yang baik. Dan hati yang rosak hanya akan melahirkan perbuatan yang buruk.

Meskipun ia melakukan kebaikan, namun tersimpan niat buruk di sebaliknya. Oleh itu, hati sangat menentukan kualiti amalan seseorang.

Rasulullah SAW bersabda: "Ketahuilah, sesungguhnya di dalam tubuh manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, maka baiklah seluruh jasad. Dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah, daging itu adalah hati". (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Hati manusia sangat ajaib. Ia selalu berubah-ubah. Ia juga sangat mudah dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran. Apa-apa yang dilihat ataupun didengar dapat merubah suasana hati. Oleh yang demikian, seorang mukmin wajib selalu menjaga pancainderanya daripada maksiat agar terjaga kejernihan hati.

Sebagaimana tubuh badan, hati boleh sihat ataupun sakit. Tanda hati yang sihat adalah ia giat melakukan ibadat dan amalan kebajikan. Setiap amalan ibadah dan zikir terasa nikmat untuk dikecapi. Sama seperti seseorang yang tengah sihat tubuhnya, ia akan nikmat menyantap makanan dan minuman.

Adapun tanda hati tengah sakit adalah ia tidak dapat merasakan manisnya ibadat. Ia tidak tahan berlama-lama dalam aktiviti ibadah. Sebaliknya, ia sangat seronok melakukan maksiat. Seperti orang yang tengah sakit kulit, perkara yang paling nikmat adalah menggaruk gatalnya hingga melukai diri sendiri.

Imam Tabiin di Basrah yang bernama Hasan Al-Basri pernah mengajarkan teknik semak kesihatan hati. Beliau berkata: "Rasakanlah kemanisan dalam tiga perkara: ketika melakukan solat, membaca al-Quran dan ketika berzikir. Jika engkau merasakannya, maka bergembiralah. Namun jika kau tidak merasakannya, maka ketahuilah bahawa pintu hatimu telah tertutup."

Hati orang kebanyakan seperti kita tidak berapa sihat. Kita sedari ataupun tidak, pelbagai penyakit tersimpan di dalam hati kita seperti hasad dengki, dendam, tamak, kedekut, meragukan janji Allah dan lain-lain. Tingkatan sakit itu berbeza-beza. Ada yang masih ringan, ada juga yang sudah parah.

Oleh itu, kita perlu segera mengubati hati kita. Ubat hati adalah hikmah dan ilmu yang memperkenalkan tuhannya, hakikat dirinya dan tugasan yang mesti ia lakukan di dunia sebagai hamba Allah. Semua itu boleh didapatkan apabila kita bercampur dengan orang-orang yang "berhati sihat."

Berkata Ibrahim Al-Khawas, "Ubat hati lima perkara: Membaca al-Quran sambil memahami maknanya, mengosongkan perut, solat malam, berdoa pada waktu fajar dan bergaul dengan orang-orang saleh."

Jika kita tidak segera mengubati hati yang sakit, ia akan terus sakit. Suatu hari nanti, ia bahkan boleh mati. Orang yang mati hati lebih berbahaya daripada mati jasad. Sebab orang yang mati jasad boleh segera dikuburkan.

Namun orang yang mati hati akan menjadi sampah masyarakat. Ia sangat mengganggu kehidupan masyarakat, namun tidak boleh dibuang ataupun ditanam.

Sumber: Utusan.com.my


Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com/2013/05/tanda-tanda-hati-yang-mati-dan-cara.html#ixzz3pitnHEOX

Sunday, 25 October 2015

Zina hati, buang jauh-jauh dari lubuk hati

Assalam Alaikum.
Hye.
Kali ni, kite akan bincangkan sebuah tajuk yang jarang orang isukan.
Yang jarang orang perasan kan.
Yang jarang orang AMBIL BERAT.
Haaa..
Kawan-kawan, apa itu Zina Hati?


Kadang-kadang, remaja madani kini tak perasan pon yang mereka telah pon terjerumus ke lembah sebegini. Mereka merasakan bahawa mereka tidak bersalah pon, mereka bukannya berpegangan atau bersentuhan atau berjumpa.
Hakikatnya, perkara ini selalunya bermula dengan 'chatting'. Apa-apa perkara yang boleh mengarah kita ke arah zina, semuanya adalah dilarang oleh Allah SWT, Melainkan sebab tertentu. Contohnya, macam nyawa, urusan kerja, dan lain-lain asbab yang munasabah.
Perkara perlu dititik beratkan seberat-beratnya. Masih tak perasan lagi?
Sebab tu lah kita kena check hati kita selalu~
Ada jugak yang rasa diri mereka ni dah cukup alim. Tautkan hubungan yang hakikatnya, Allah tak pernah redha. Astaghfirullah al-azim.
Bak kata mereka, couple halal  'Couple Islamik'

Adushhh.. ni satu lagi masalah dunia. Sebenarnya, rakan-rakan, pemikiran, komunikasi, atau sentuhan dengan ajnabi tu memang sudah dikatakan HARAM.



Di mana timbulnya perasaan ehem2 tu. Baik cepat-cepat lah elakkan. Usaha tu kena ada.
Nak chat dengan ajnabi, nak remind ajnabi suruh sembahyang tahajud? X payah lah kot.
Baik kite pesan je kat adik kita yang tengah main game kat ruang tamu tu.


"Susah la nak tinggal kan dia. Kau cakap senanglah!", kalau orang yang macam ni, saya sarankan jumpa lah mana-mana ustaz atau kaunselor yang agak-agak boleh membantu.

Mudah kan?
Sekarang baru kita semua sedar.
Semua orang ada buat silap. Saya sendiri pon dah BANYAK KALI. Taubat itu lah yang dilihat oleh Allah.
Sentiasa update iman tau.
In shaa Allah, Allah janjikan dia untuk kita.
Doakan selalu.

Assalam Alaikum.

Saturday, 17 October 2015

Islamic Lifestyle

Assalam Alaikum.

Friends ...
How we could be in an Islamic Lifestyle?
What is the meaning of Islamic Lifestyle?

Islamic Lifestyle means our daily routines are always in the concept of Islam.

Why do I choose this topic as my post title?

Because I'm also in the process to turn my lifestyle into the concept of Islam.




Read Basmalah everything that we gonna do.
Put a target how much do we need to say salawat to Rasulullah.
Change our dressing code to be better.
Always pray for others too.
Learn and love to eat sunnah foods.
Learn and get used to do sunnah things.
Get to know more about Rasulullah such as Sirah.
Complete all Fardhu Ain perfectly.
Start to do Sunat matters after Wajb matters.





Search for others Islamic Lifestyle. It is happy to our lifestyle like this kind.
Good luck for everyone.
Pray for me too.

Thank you.
Assalam Alaikum.

Siapa sangka Allah akan tolong?

Assalam Alaikum !
Hah, tajuk kali ini macam menarik eh?
Haha .. Saya cuma nak cerita suatu perkara yang mengkagumkan. Perkara yang jarang dilihat dan dirasai.
Tahun lepas, ingat tak time hujan dah lamaaaaaaa tak turun tu? Ingat tak ingat tak? Sungai pon nak kering dah. Pantai pon makin cetek. Malaysia hidup dengan kepanasan. Selangor dan beberapa negeri-negeri tertentu jadi mangsa catuan air berselang hari. Waktu itu, semua rasa erti kesusahan.
Mulalah, orang ramai buat anggapan fenomena macam-macam lah pulak.
Kita sebagai hamba hanyalah perlu percaya kepada Yang Maha Esa. Maha Pemeri Rezeki.
Ini semua kekuasaan Allah. Tiada tandingnya. Syirik kalau ada yang menggunakan kaedah karut-marut untuk turunkan hujan.
Berdasarkan pengalaman saya di maktab, kami tidaklah jadi mangsa catuan air, sebb kawasan maktab saya, airnya laju. Tapi, kami ada lah usahakan sekadar mampu. Bukan niat riak, cuma ingin memberitahu rahsia ajaibnya kekuasaan Allah!
Setiap malam, kami melakukan solat hajat untuk meminta kepada Allah supaya diturunkan hujan. Pada suatu hari Sabtu, kami menjalankan program Solat Sunat Istisqa'. Ibu bapa, guru-guru dan murid-murid terlibat dalam program ini.

Solat Istisqa’ ialah solat sunat dua rakaat yang dilakukan bertujuan memohon kepada Allah سبحانه وتعالى menurunkan hujan bagi mengatasi kemarau panjang. Ia merupakan sunat muakkad (sangat dituntut) bagi penduduk Islam di sesuatu tempat yang telah lama mengalami kemarau, musim kering, berjerubu dan kesukaran memperolehi sumber air yang boleh mengakibatkan kesihatan terjejas, tanaman mati dan binatang ternakan kebuluran dan memerlukan air (hujan).

Ustaz pon ada sarankan kami melakukan beberapa perkara ini supaya dipermudahkan perjalanan.



1. Berpuasa sunat selama tiga hari.
2. Meninggalkan segala kezaliman, maksiat dan kemungkaran.
3. Melakukan Solat Sunat Taubat.
4. Beramal soleh seperti berzikir dan bersedekah.

Syukur, petang itu, doa kami dimaqbulkan oleh Allah S.W.T. Hujan turun membasahi bumi. Beberapa orang pelajar yang baru sahaja keluar daripada surau bagi menunaikan solat fardhu Zohor, terkejut dengan melihat Keajaiban Tuhan, lalu mereka bersujud ke tanah (SujudbShukur). Saya turut menangis menyaksikan situasi tersebut.


Alhamdulillah. Semua kembali kepada sedia kala. Kita dipelihara oleh Allah.

Kalau kita bantu agama Allah, Allah bantu kita.
Simple.

Sekian.
Assalam Alaikum.

Maal Hijrah bukan sekadar disambut

Assalam Alaikum.

Baru-baru ni, kita sambut Maal Hirah kan? ke ada lagi yang tak faham apa maksud sebenar Maal Hijrah ni?

Ha, tu la maksud nya.
Maal Hijrah bukan sekadar disambut, malah perlu dihayati. Ceramah-ceramah dan motivasi di luar sana selalu memperingatkan kita tentang hijrah.

Maka hijrah yang dituntut pada masa kini ialah:

1. Jihad fi sabilillah dengan niat yang ikhlas sebagaimana hadis yang dikeluarkan oleh an-Nasa’i daripada Safwan bin Umayyah r.a. katanya, “Saya berkata: Ya Rasulullah, sesungguhnya mereka berkata bahawa syurga tidak akan dimasuki kecuali oleh orang yang berhijrah?” Baginda menjawab (maksudnya), “Tidak ada hijrah selepas Fathu Makkah, tetapi jihad dan niat. Maka apabila kamu dikerah untuk berjihad, segeralah menyahutnya.”

2. Taubat nasuha dengan meninggalkan segala kejahatan dan dosa sebelum matahari terbit dari arah barat. Daripada Mu’awiah bin Abi Sufyan r.a., beliau mendengar Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda (maksudnya),
“Tidak terputus hijrah sehingga terputus (peluang) bertaubat, dan tidak terputus (peluang) bertaubat sehingga matahari muncul dari arah barat.”
(Riwayat Ahmad, Abu Daud dan lain-lain)

Daripada Abdullah bin ‘Amru bin al-‘Aas, Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda (maksudnya),
“Sesungguhnya hijrah ada dua unsur. Satu daripadanya ialah kamu meninggalkan kejahatan dan kedua kamu berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan tidak terputus hijrah selagi taubat diterima. Taubat akan terus diterima sehingga matahati terbit dari barat. Apabila matahari telah terbit dari barat, akan dicopkan ke atas setiap hati manusia apa yang telah ada padanya. Peluang beramal sudah tiada lagi.”
(Riwayat Ahmad)

3. Memberi sedekah. Daripada Abi Saeid al-Khudri r.a. katanya, seorang badwi telah datang menemui Nabi sallallahu alaihi wasallam bertanya mengenai hijrah. Baginda bersabda (maksudnya),
“Dengar ini! Sesungguhnya hijrah itu urusannya sangat sulit. Maka adakah kamu memiliki unta?” Badwi itu menjawab, “Ya.” Nabi sallallahu alaihi wasallam bertanya, “Adakah kamu mengeluarkan zakatnya?” Dia menjawab, “Ya.” Nabi sallallahu alaihi wasallam bertanya lagi, “Adakah kamu memberi sedekah sesuatu daripadanya seperti memerah susunya?” Dia menjawab, “Ya.” Lalu baginda bersabda (maksudnya),
“Maka beramallah kamu dari seberang lautan. Sesungguhnya Allah sekali-kali tidak mengabaikan amalan kamu sedikit pun.”



Saya recommend kat korang, bacalah buku bertajuk #Henshin, karya Aiman Banna. In shaa Allah, kita dapat membuat anajakan paradigma , atau mengubah lifestyle kita ke arah yang diredhai Allah S.W.T 

Henshin !
Semua berhak berubah, kawan-kawan.
Assalam Alaikum.