Cute

Saturday, 17 October 2015

Siapa sangka Allah akan tolong?

Assalam Alaikum !
Hah, tajuk kali ini macam menarik eh?
Haha .. Saya cuma nak cerita suatu perkara yang mengkagumkan. Perkara yang jarang dilihat dan dirasai.
Tahun lepas, ingat tak time hujan dah lamaaaaaaa tak turun tu? Ingat tak ingat tak? Sungai pon nak kering dah. Pantai pon makin cetek. Malaysia hidup dengan kepanasan. Selangor dan beberapa negeri-negeri tertentu jadi mangsa catuan air berselang hari. Waktu itu, semua rasa erti kesusahan.
Mulalah, orang ramai buat anggapan fenomena macam-macam lah pulak.
Kita sebagai hamba hanyalah perlu percaya kepada Yang Maha Esa. Maha Pemeri Rezeki.
Ini semua kekuasaan Allah. Tiada tandingnya. Syirik kalau ada yang menggunakan kaedah karut-marut untuk turunkan hujan.
Berdasarkan pengalaman saya di maktab, kami tidaklah jadi mangsa catuan air, sebb kawasan maktab saya, airnya laju. Tapi, kami ada lah usahakan sekadar mampu. Bukan niat riak, cuma ingin memberitahu rahsia ajaibnya kekuasaan Allah!
Setiap malam, kami melakukan solat hajat untuk meminta kepada Allah supaya diturunkan hujan. Pada suatu hari Sabtu, kami menjalankan program Solat Sunat Istisqa'. Ibu bapa, guru-guru dan murid-murid terlibat dalam program ini.

Solat Istisqa’ ialah solat sunat dua rakaat yang dilakukan bertujuan memohon kepada Allah سبحانه وتعالى menurunkan hujan bagi mengatasi kemarau panjang. Ia merupakan sunat muakkad (sangat dituntut) bagi penduduk Islam di sesuatu tempat yang telah lama mengalami kemarau, musim kering, berjerubu dan kesukaran memperolehi sumber air yang boleh mengakibatkan kesihatan terjejas, tanaman mati dan binatang ternakan kebuluran dan memerlukan air (hujan).

Ustaz pon ada sarankan kami melakukan beberapa perkara ini supaya dipermudahkan perjalanan.



1. Berpuasa sunat selama tiga hari.
2. Meninggalkan segala kezaliman, maksiat dan kemungkaran.
3. Melakukan Solat Sunat Taubat.
4. Beramal soleh seperti berzikir dan bersedekah.

Syukur, petang itu, doa kami dimaqbulkan oleh Allah S.W.T. Hujan turun membasahi bumi. Beberapa orang pelajar yang baru sahaja keluar daripada surau bagi menunaikan solat fardhu Zohor, terkejut dengan melihat Keajaiban Tuhan, lalu mereka bersujud ke tanah (SujudbShukur). Saya turut menangis menyaksikan situasi tersebut.


Alhamdulillah. Semua kembali kepada sedia kala. Kita dipelihara oleh Allah.

Kalau kita bantu agama Allah, Allah bantu kita.
Simple.

Sekian.
Assalam Alaikum.

No comments:

Post a Comment